Yeke??Kinyau: Betul Ka Tidak Owh
Thursday, 29 November 2012
Tuesday, 13 November 2012
Bodoh, Umur 31 Tahun Masih Pakai Lampin dan Hisap Botol
Seorang lelaki berusia 31 tahun sanggup menghabiskan usianya selama 18
tahun dengan memakai lampin pakai buang dan menghisap puting
semata-mata ingin menjadi seorang budak berusia dua tahun.
Stanley Thornton bukan sahaja tidur dalam kandang bayi malah dia juga mempunyai bilik tidur sendiri yang dihiasi dengan perhiasan budak kecil.
Menurut Stanley, setiap hari dia berlagak seolah-olah dia budak berusia dua tahun dan dengan melakukannya, dia merasakan ia satu perkara paling penting dalam hidupnya.
“Ia merupakan perasaan yang tidak pernah saya alami sepanjang saya membesar.
“Dengan menjadi `budak dewasa’ saya dapat mengatasi segala masalah yang saya alami,” katanya.
Demi memenuhi kehendaknya menjadi budak, dia mempunyai crayon dan pensil untuk melukis serta kerusi kanak-kanak yang besar di mana dia akan duduk di situ ketika makan.
Stanley yang mempunyai berat badan 133 kilogram itu juga mempunyai tukang jahit sendiri yang menjahit baju tidur untuknya.
Dia yang pernah muncul dalam rancangan TLC’s My Crazy Obsession kini sedang mencari seorang ibu sepenuh masa.
source: dailymail.co.uk
Yeke??Kinyau: Hahaha....stupid never finish..wakaka...
Malaysia Tersenarai Negara Dengan Internet Paling Lambat di Dunia
Berdasarkan kajian yang
dilakukan Google terhadap kepantasan loading laman web pada komputer
desktop dan peranti mudah alih bergerak (mobile phone) di negara-negara
di dunia pada awal April lalu, Malaysia menempati kedudukan antara 10
negara dengan kepantasan internet paling
lambat baik menggunakan komputer desktop, mahupun mobile phone.
Berikut senarai 10 Negara dengan capaian Internet Terpantas dan Terlembab pada 2012:
10 Negara dengan Internet Terpantas di Desktop Komputer
10 Negara dengan Internet Terlambat di Desktop Komputer
10. Chile (10s)
9. Colombia (10.2s)
8. Peru (11.7s)
7. Brazil (11.8s)
6. Argentina (12.8s)
5. Malaysia (14.3s)
4. Venezuela (14.9s)
3. India (15.1s)
2. Filipina (15.4s)
1. Indonesia (20.3s)
- Republik Slovakia (3.3s)
- Korea Selatan (3.5s)
- Republik Chech (3.7s)
- Belanda (3.9s)
- Jepun (4s)
- Denmark (4.3s)
- Switzerland (4.3s)
- Sweden (4.5s)
- Belgium (4.6s)
- Norway (4.8s)
10 Negara dengan Internet Terlambat di Desktop Komputer
10. Chile (10s)
9. Colombia (10.2s)
8. Peru (11.7s)
7. Brazil (11.8s)
6. Argentina (12.8s)
5. Malaysia (14.3s)
4. Venezuela (14.9s)
3. India (15.1s)
2. Filipina (15.4s)
1. Indonesia (20.3s)
10 Negara dengan Internet Terpantas di Mobile Phone
- Korea Selatan (4.8s)
- Denmark (5.2s)
- Hong Kong (5.9s)
- Norway (6s)
- Sweden (6.1s)
- Estonia (6.2s)
- Republik Chech (6.3s)
- Jepun (6.4s)
- Romania (7.5s)
- Republik Slovakia (7.6s)
10 Negara dengan Internet Terlambat di Mobile Phone
10. Malaysia (12.7s)
9. Indonesia (12.9s)
8. Singapura (12.9s)
7. Mexico (14.1s)
6. Brazil (15.8s)
5. Argentina (16.3s)
4. India (16.4s)
3. Thailand (17.4s)
2. Arab Saudi (21.2s)
1. United Arab Emirates (26.7s)
sumber: terselubung.blogspot
Yeke??Kinyau: no wonder la lambat..syarikat telekomunikasi juz tau buat untung tapi tidak tahu meningkatkan kualiti
Fobia Terbaru Nomophobia=Fobia Tanpa Handfon
Masyarakat zaman moden kini berdepan dengan sejenis penyakit baru yang dikenali sebagai nomophobia atau fobia tanpa telefon.
Dianggarkan lebih 66 peratus daripada penduduk Britain kini memilih untuk 'bersama' dengan telefon sepanjang masa dan tidak boleh berpisah dengan alat telekomuniskasi itu walaupun sekejap.
Antara tanda-tanda seseorang itu berdepan dengan masalah nomophobia adalah tidak boleh mematikan telefon, sentiasa memeriksa panggilan tidak dijawab, mesej pesanan ringkas (SMS) dan e-mel.
Mereka yang menghadapi masalah itu juga dikatakan kerap mengecas bateri dan tidak boleh meninggalkan telefon mereka walaupun untuk ke tandas.
Dalam tinjauan terbaru yang dijalankan oleh SecurEnvoy ke atas 1,000 responden di United Kingdom, sebanyak 66 peratus daripada penduduk negara ini menghadapai masalah tersebut.
Golongan muda berumur antara 18 hingga 24 tahun adalah kelompok yang paling ramai mengalami masalah itu apabila 77 peratus daripada mereka tidak boleh berpisah dengan telefon walaupun untuk beberapa minit.
Mereka yang berumur antara 25 hingga 34 tahun pula adalah golongan kedua tertinggi yang menghadapai masalah fobia tanpa telefon dengan jumlah 68 peratus.
Kajian itu turut mendedahkan purata orang Britain akan memeriksa telefon mereka 34 kali sehari dan 75 peratus pula menggunakan telefon di dalam tandas.
Pengasas bersama SecurEnvoy, Andy Kemshall berkata, kajian pertama mengenai nomophobia dilakukan empat tahun lalu dan didapati sebanyak 53 peratus daripada penduduk Britain menghadapi masalah itu.
sumber: utusan malaysia
Yeke??Kinyau..haha betul ba tu kn..selalu nampak orang tidur dengan handfon..haha
Monday, 12 November 2012
Najis Manusia Dijadikan Sebagai Daging Steak
Steak
adalah sepotong daging besar yang dimasak bersama pelbagai jenis bahan
dan perisa sebelum dipanggang dan dihidangkan. Makanan ini sangat
digemari terutamanya bagi peminat makanan Barat.
Namun di tengah-tengah ancaman kekurangan bahan asas makanan, ramai pihak kini mencari bahan alternatif lain sebagai makanan. Terkini, pasa saintis di Jepun berjaya menjadikan najis manusia sebagai sumber bahan asas terbaru. Meskipun ramai orang menganggap ia menjijikkan, tetapi sumber asas terbaru ini sudah diuji dan sesuai untuk dimakan.
Bahkan, daging yang dibuat dari feses manusia itu sangat sesuai untuk dibuat steak. Setidaknya itu yang dilakukan oleh saintis, Mitsuyuki Ikeda dari Makmal Okayama, Jepun.
Seperti dilaporkan laman digitaltrends, daging steak buatan Ikeda itu mengandungi protein yang sangat tinggi, iaitu 63%. Komposisi lainnya dari steak berbahan feses itu adalah : karbohidrat (25%), lemak (3%), dan mineral (9%).
Dari hasil ujian rasa pertama, beberapa orang yang terlibat dalam ujian itu mengatakan rasa steak tersebut seperti daging lembu.
sumber: http://googrape.blogspot.com
Yeke??Kinyau: Yaiksssss..Ba sapa mau angkat tangkat..free g..ahaha
Iklan Rokok Yang Membuat Orang Berhenti Merokok
Kamal Ashnawi,Manusia Terkaya di Dunia Dari Malaysia
Kamal Ashnawi, Manusia Terkaya di Dunia Dari Malaysia Miliki Kekayaan RM 20 Trillion?
Walaupun tidak tersenarai sebagai
orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA)
mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro
(RM20 trilion).
Dakwaan kekayaannya itu ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar ‘trillionaire’.
Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005.
Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.
“Saya terpanggil untuk tampil bagi menolak segala tuduhan buruk yang dilemparkan sebelum ini ekoran cadangan projek pada 2005 yang tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu.
“Ini adalah tawaran terakhir saya bagi membantu orang Melayu dan syarikat-syarikat dengan melaburkan dana dalam tiga projek cadangan di Perlis, Johor dan Kelantan dalam masa yang terdekat,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.
Katanya, tiga projek yang bernilai trilion ringgit tersebut ialah projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek penempatan komersial di Kelantan.
Kamal berkata, segala urusan berkaitan tiga projek tersebut akan diserahkan kepada SAS Group iaitu sekumpulan pelajar alumni Sekolah Alam Shah yang merupakan bekas sekolah beliau sendiri.
Sejak projek penapisan kilang minyak di Kedah itu tergendala, katanya, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bagi menguruskan perniagaan.
Menurutnya, beliau akan bermastautin di Hong Kong mulai Mac ini bersama keluarganya sebelum ke Indonesia beberapa tahun kemudian.
Kamal memberitahu, kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.
Dakwanya, beliau juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.
sumber: utusan malaysia
Yeke??Kinyau..Ble Percaya ka???
Sunday, 11 November 2012
Jam Tangan Pintar Sony SmartWatch Dilengkapi Android Honeycomb
.
Yeke??Kinyau: Boleh dikatakan gadget paling cool tahun ni. Hebat dan nampak futuristik..check it outDikenali sebagai SmartWatch, jam tangan pintar ini boleh dihubungkan dengan telefon bimbit anda dan membolehkan anda melihat dan mengakses fungsi-fungsi pilihan telefon anda, seolah-olah menjadi perkara yang paling 'cool' dalam dunia aksesori mudah alih pada masa ini.
Ia mempunyai skrin 1.3 inci multi-sentuh paparan OLED yang membolehkan anda mengakses fungsi telefon anda seperti panggilan, mesej, muzik serta aplikasi rangkaian sosial seperti Twitter dan Facebook.
Ia juga membolehkan anda untuk memuat turun aplikasi SmartWatch melalui Android Market. Sudah tentu, aplikasi ini akan perlu dioptimumkan terlebih dahulu untuk paparan kecil dan spesifikasi hardware yang terhad pada jam ini. Sony akan melepaskan SDK kepada pemaju untuk mencipta aplikasi yang sesuai untuk berfungsi pada SmartWatch.
SmartWatch juga tahan calar dan habuk. Dengan teknologi Bluetooth 3.0, ia boleh berpasangan dengan mana-mana telefon pintar Android tidak kira sama ada ianya Sony Ericson, Samsung, HTC, LG atau lain-lain.
Ia bakal dijual pada harga RM 450 seunit.
sumber: http://blog.gsmarena.com
Saturday, 10 November 2012
Pasangan Termuda Menimang Cucu
Seorang lelaki menjadi datuk
paling muda di Britain pada usia 29 tahun selepas anak perempuannya
melahirkan anak ketika berusia 14 tahun. Shem Davies juga berusia 14
tahun ketika pertama kali dia menjadi bapa.
Kini anak perempuannya yang masih bersekolah, Tia melahirkan bayi perempuan seminggu sebelum hari lahirnya yang ke-15. Davies yang tidak bekerja - dan berpisah dengan ibu Tia iaitu Kelly tiga bulan selepas Tia dilahirkan - berkata dia sangat gembira dengan kelahiran cucunya.
Ava Grace diletakkan dalam inkubator selepas dilahirkan sepuluh minggu lebih awal - dengan berat kurang daripada 0.9 kilogram.
Namun, keluarga itu berkata Ava ‘baik-baik saja’ di unit rawatan khas bayi di mana dia dirawat di Bridgend, Wales Selatan. Davies berkata dia terkejut apabila Tia memberitahunya dia hamil hasil hubungan dengan teman lelakinya, Jordan Williams, 15.
Datuk - yang mempunyai anak lelaki berusia sembilan bulan dengan teman wanita barunya, Robyn Thomas berkata: “Pada satu minit Tia hanya bayi dan minit berikutnya dia hamil.
“Saya boleh mengherdiknya tetapi apa gunanya? “Saya tahu betapa sukarnya keadaan selepas ini kepada mereka kerana saya pernah melalui pengalaman sama pada usia itu. Saya tidak dapat menguruskan hal dengan baik ketika menjadi bapa ketika berusia 14 tahun.
“Saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan situasi itu dan saya melarikan diri.“ Ibu Tia, pekerja kafeteria, Kelly, 30, berkata: “Mimpi ngeri saya ialah Tia akan mengulang kesilapan saya dan hamil pada usia muda.
“Saya selalu membebel kepadanya mengenai pencegahan kehamilan.” Davies dan Kelly yang berasal dari Bridgend, masing-masing menyokong Tia ketika dia menjaga Ava - generasi keenam keluarga itu.
Seorang rakan keluarga itu berkata: “Ia sukar buat Tia kerana apa yang dia inginkan ialah memeluk bayinya seperti ibu baru yang lain. Tetapi Ava perlu berada dalam inkubator.” Davies memberitahu temannya, dia belum lagi membasahkan kepala bayi itu sambil menambah: “Ia masih awal. Tunggu hingga dia keluar dari unit rawatan khas.”
Yeke??Kinyau: Hebat owh orang disana...tapi tu juga menandakan teruknya keruntuhan moral orang-orang barat..
sumber: harian metro, dailymail.co.uk, kosmo
Raja Judi Termuda Di Dunia
Status Raja JUDI termuda
di dunia ketika ini milik seorang pemuda yang baru berusia 21 tahun
yang telah berjaya memenangi permainan poker dengan hadiah kemenangan
bernilai 8.55 Juta Dollar Amerika Syarikat atau lebih kurang RM 27.1
juta. Pada usianya yang masih muda itu, pemuda bernama
Cool Hand Joe atau lebih dikenali sebagai Joe Cada ini melayakkan
dirinya
untuk dinobatkan sebagai jutawan muda.
sumber: http://www.photodewasa.com
Yeke??Kinyau..kalau u all la ada duit sebanyak tu,apa yang u all akan buat ah???
Bahaya Duduk Atas Dompet Bagi Lelaki
Tahukah anda bahawa duduk atas dompet adalah sangat bahaya khusus bagi lelaki. Sememangnya kaum lelaki sudah biasa meletakkan dompet dibelakang seluar jika hendak keluar kemana pun. Amalan ini sudah lama cuma baru sahaja mula dibangkit apabila terdapat kajian dibuat mengenainya.
Berikut adalah sebab kenapa anda tidak sepatutnya untuk duduk atas dompet lagi:
- Dompet/wallet anda boleh menyebabkan sakit yang teramat sangat pada belakang dan punggung anda dan ia juga membawa sakit sampai ke kaki
- Duduk di atas dompet/wallet selama berjam-jam lamanya setiap hari boleh memampatkan saraf sciatic yang mengalir di bawahnya beberapa otot piriformis dan membawa kepada sindrom piriformis, sakit pinggang & sciatica.
- Dompet/wallet bertindak sebagai baji yang memaksa pelvis, tulang belakang dan tubuh lari daripada alignmentnya.
- Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet/wallet anda.
- Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet/wallet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit sciatica atau belakang.
source: http://www.melvister.com
Yeke??Kinyau...tak tahu pla kn..selalu pula buat macamtu..patutla..hoho
Reaksi Bila Terkantoi Berasmara Dalam Kereta
Beginilah reaksi sebahagian pasangan yang ditangkap kantoi sedang
'membuat projek' di dalam kereta. Rakyat Malaysia, sila jangan tiru
kelakuan tidak senonoh ini, apatah lagi jika anda beragama Islam sudah
tentu dilarang sama sekali.Penulis tak tahu dimana gambar ini diambil tetapi kemungkinan besar adalah di negara China yang mempunyai bilangan penduduk terbesar dunia.
Yeke??Kinyau ....haha rosak-rosak...
Subscribe to:
Posts (Atom)