Saturday, 29 September 2012

Restoren McD yang pertama Dunia


Yeke??Kinyau: Semua pembaca tahu apa itu McD kn?? So hari ni kita baca pula sejarah McDonald's, restoren pertama McD yang dibuka di San Bernardino pada tahun 1940. Kita boleh ikut info selanjutnya dibawah..check it out.


Fakta Ringkas:
  • Diasaskan oleh 2 beradik Richard "Dick" J. McDonald and Maurice "Mac" McDonald yang berasal dari Manchester, New Hamsphire. Mereka berketurunan Irish
  • Mereka bermula dengan membuka sebuah gerai menjual hot-dog yang dipanggil Airdrome di Monrovia, California pada tahun 1937. 
  • Hasil daripada keuntungan di Airdrome, dua beradik ini bersama bapa mereka, Patrick Macdonald kemudiannya membuka sebuah restoren barbeku drive-in pada tahun 1940 di San Bernardino, California
  • Untuk lebih spesifik, restoren ini dibuka pada tanggal 15 May 1940 di Route 66, dekat 14th and E St.
  • Ini merupakan restoren McD pertama mereka yang mengaut keuntungan $366.12 pada hari pertama pembukaannya.
  • Sebanyak 25 menu makanan dihidangkan, kebanyakannya makanan jenis barbeku. Manakala seramai 20 orang pekerja diperlukan untuk mengurus operasi restoren.
  • Siapa sangka, daripada hanya sebuah gerai menjual hot-dog di tepi jalan, kini terdapat lebih daripada 30 ribu restoren McD diseluruh dunia!





sumber: http://www.xtimeline.com, http://perez-mar-100.blogspot.com, http://www.faqs.org
 
Yeke??Kinyau


12 Fakta Menarik Tentang Payu Dara



Yeke??Kinyau:
Tahukah anda, payudara kiri selalunya lebih besar daripada sebelah kanan?  Ketahui beberapa fakta menarik yang kebanyakkan pembaca tidak tahu tentang bahagian tubuh yang menjadi kegemaran ramai ini, buah dada!

1. Boob job terbesar di dunia adalah bersaiz 38KKK.

 

Pada tahun 2009, Sheyla Hershey dari Brazil telah diiktiraf oleh Guinness Book of World Records kerana memiliki set payu dada terbesar di dunia. Setelah sembilan pembedahan dan lebih daripada satu galon silikon, saiz teteknya sekarang adalah 38KKK.


2. Wujud NGO yang memperjuang hak wanita untuk separuh bogel.

 

GoTopless.org adalah satu organisasi dari Amerika Syarikat yang menuntut semoga wanita mempunyai hak di sisi undang undang untuk memperagakan dada di khalayak ramai seperti mana lelaki. Mereka selalu menganjurkan perjumpaan secara aman untuk menuntut hak tersebut.


3. Buah dada kiri lebih besar daripada kanan


Buah dada selalunya tidak mempunyai saiz yang sama, kiri akan lebih besar sedikit dari kanan. Namun begitu, perbezaannya tidak ketara dan seolah sukar untuk menyedari sama ada sama atau tidak. Puting juga boleh jadi dalam saiz berbeza, bukan itu saja, ia juga menonjol ke arah yang berbeza

4. Buah dada adalah perkara pertama yang direnung lelaki



Bukan benda baru lagi. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh penuntut Universiti Victoria di Wellington, lelaki akan merenung buah dada lebih lama daripada susuk tubuh yang lain. Tidak ada apa yang perlu dimalukan kerana ada kajian yang mendakwa jika lelaki memandang payu dada wanita seminit sehari, ia mampu meningkatkan kesihatan mereka dan memanjangkan umur empat atau lima tahun.


5. Lelaki boleh menghasilkan susu badan



Ini amat jarang berlaku, tetapi lelaki tergolong dalam kelompok mamalia yang mempunyai kelenjar susu seperti wanita, mereka turut berkebolehan untuk menghasilkan susu. Ini mungkin berlaku kepada pesakit kanser yang mendapat rawatan hormon


6. England merupakan negara yang mempunyai buah dada terbesar di Eropah



 
Tinjauan yang dijalankan oleh pereka coli Triumph mendakwa bahawa buah dada terbesar kebanyakannya boleh didapati di kalangan warga Britain. Lebih daripada separuh wanita negara tersebut memakai coli bersaiz D cup. Denmark menduduki tempat kedua, manakala Belanda tempat ketiga. Manakala, wanita Itali mempunyai payu dada paling kecil kerana 68 peratus memakai saiz B cup sahaja.

7. Anggaran berat buah dada adalah satu paun


Purata berat buah dada adalah di sekitar 0.5 kilograms (1.1 lb). Setiap payu dada menyumbang kepada empat sehingga lima peratus lemak tubuh dan satu peratus daripada berat keseluruhan tubuh mereka


8. Buah dada semakin berisi


 Dalam lingkungan umur 20an, buah dada merangkumi lemak, kelenjar susu dan collagen - tisu penghubung yang membuatkan ianya lembut dan sedap dipegang. Tapi, seperti juga dengan umur, kelenjar dan collagen akan mengecut dan digantikan dengan lemak yang banyak. Selain daripada meningkatkan saiz coli, ia akan menggeleber dan lanjut ke bawah, rapat dengan lantai.

9. Pembesaran saiz buah dada boleh mendorong kepada bunuh diri.



Wanita yang memasang implan payu dara adalah terdedah kepada tiga kali risiko untuk membunuh diri, dan semakin meningkat mengikut peredaran masa. Pada Ogos 2007, Laporan Tahunan daripada pertubuhan pembedahan plastik mengatakan bahawa toksik daripada silikon bukan penyebab bunuh diri tetapi wanita yang membuat pembesaran buah dada lebih kepada masalah emosi. Mereka harus dibawa ke pakar psikitiari untuk rawatan lanjut.

10. Implan buah dada boleh selamatkan kematian




Payu dara yang besar pernah menyelamatkan wanita Israel daripada mati di tangan askar Lubnan. Insiden ini berlaku ketika serangan roket Hizbullah. Dia terselamat kerana impplan tersebut berjaya menahan peluru pejuang tersebut.


11. Implan buah dada adalah pembedahan plastik nombor satu di USA




Dua juta daripada wanita USA telah menjalankan pembedahan untuk membesarkan payu dara. Ia merupakan prosedur pembedahan plastik nombor satu iaitu topping rhinoplasty dan liposuction. Purata umur wanita wanita ini adalah 34 tahun.


12. Di China, kamu boleh mengambil major dalam Bra Studies.


Di Hong Kong, ijazah dalam Bra Studies boleh diambil di Universiti Politeknik Hong Kong. Mereka diajar cara cara untuk menghasilkan coli. Baru baru ini mereka membuat pameran coli buatan mereka di ACE Style Institute of Intimate Apparel, ITC Resource Centre

P/S: Yeke??Kinyau

Friday, 28 September 2012

Tengkorak Temahal Dunia Bertatahkan Berlian



Tengkorak Betatahkan Berlian

Tengkorak bertatahkan berlian ini dicipta oleh seorang artis paling kaya di Britain iaitu Damien Hirst. Dengan seberat 2.156 kg, ia dibuat menggunakan kira-kira 8600 butir batu permata asli. Dibahagian dahi tengkorak pula, diletakkan sebutir permata bersaiz agak besar dengan ketulenan 52 karat. 


Ia adalah salah satu hasil seni termahal di dunia, dijual pada harga USD 68, 500 000 atau kira-kira RM 205.5 juta !!

 P/S: Kalau penulis Yeke??Kinyau kena bagi ni tengkorak, terus kena jual balik owh..ahaha..gila ka apa mau simpan tengkorak orang kat rumah..wahahahaa
 

 

Maksud Jampi Harry Potter



Para pengikut sekuel Harry Potter pasti sudah tahu apa yang bakal terjadi sekiranya mengacukan tongkat sihir sambil berkata, “Avada Kedavra!”atau jampi yang diucapkan sekiranya ingin membuka pintu yang terkunci (“Alohomora"). Tetapi pernah diantara pembaca Yeke??Kinyau terfikir tak, J.K Rowling, pencipta Harry potter, tidak sesuka  hati membuat sembarangan jampi dalam Harry Potter? Semua jampi sihir yang digunakan di Hogwarts mempunyai asal usulnya tersendiri yang kebanyakannya berasal dari bahasa Latin. Antara contoh jampi-jampi sihir Harry Potter:




Accio’
Jampi ini digunakan untuk memanggil barang. “Accio gelas”, dan gelas pun akan terbang ke arah anda. Dan seterusnya. Kata ‘Accio’ ternyata berasal dari bahasa Latin yang ertinya ‘Aku memanggil.’

 
‘Avada Kedavra’
Jampi paling jahat yang boleh membunuh lawan. Ibu bapa Harry Potter mati akibat jampi ini. Dalam bahasa Aramaic, ‘Avada Kedavra’ bererti ‘I will destroy as I speak’. Bunyinya hampir dengan...‘Abracadabra’, yang merupakan jampi kuno dari abad kedua yang sering dipakai untuk memanggil roh halus dan meminta perlindungan.


‘Crucio’
Ini juga jampi jahat yang biasa dipakai untuk menyeksa musuh. Dalam bahasa Latin, ‘crucio’ ertinya ‘saya menyeksa’.


‘Expecto Patronum’
Jampi yang menghasilkan patronus, satu-satunya sihir yang boleh mengusir Dementor. Jampi ini diambil dari bahasa Latin iaitu ‘expecto’ yang bermaksud ‘menunggu/berharap’, dan ‘patronus’ yang ertinya ‘pelindung’. Jadi kurang lebih expecto patronum itu ertinya ‘menunggu datangnya pelindung’.


‘Expelliarmus’
Ini jampi terhebat Harry Potter ketika bertempur. Fungsinya adalah untuk melepaskan tongkat sihir dari tangan musuh.Diambil dari bahasa Latin ‘expellere’ yang maksudnya ‘mengeluarkan/melepaskan’, dan ‘arma’ yang maksudnya ‘senjata.’


‘Impedimenta’
‘Impedimenta’ dalam bahasa Latin maksudnya ‘halangan’. Jampi ini biasa dipakai untuk membuat rintangan demi memperlambat pergerakan musuh.


‘Lumos’
‘Lumos’ maksudnya ‘cahaya’. Jampi inilah yang dipakai sekiranya mahu membuat hujung tongkat sihir kita menyala seperti lilin.


‘Rictusempra’
‘Sempra’ berasal dari kata ‘sempre’ yang maksudnya ‘selalu’, sedangkan ‘rictum’ bermaksud mulut/rahang yang terbuka. Rictusempra ini dipakai untuk membuat musuh jadi terus menerus tertawa.


‘Sectumsempra’
Jampi ini adalah berlawanan dengan rictusempra. Kesannya bukan ketawa, tetapi luka-luka, kerana dalam bahasa Latin, ‘sectum’ bermaksud ‘melukai/mencederai’.


‘Stupefy’
Ini juga salah satu jampi yang selalu digunakan ketika perang,tapi kesannya tidak mendatangkan kecederaan. Cuma menjadikan musuh/mangsa menjadi bingung dan pening sahaja. Dalam bahasa Inggris, ‘stupefy’ ertinya ‘pening’.


‘Wingardium Leviosa’
Ini adalah salah satu jampi yang diajarkan pada murid-murid Hogwarts di tahun pertama. Fungsinya untuk membuat sebuah benda terangkat dan terapung di udara. Asal katanya adalah gabungan dari bahasa Inggeris dan Latin. Wingardium berasal dari kata wing (bahasa Inggeris) yang bermaksud sayap, dan arduus (bahasa Latin) yang maksudnya langit. Sedangkan leviosa berasal dari bahasa Latin, levare, yang bermaksud mengangkat/mengambil.


P/S: Yeke??Kinyau




Sunday, 16 September 2012

Samsung persendakan Apple dengan iklan Galaxy s3 terbaru

It Doesn't Take a Genius-The Next Big Thing is Already Here

Nampaknya perang antara Apple dan Samsung semakin berlanjutan. Saman menyaman dari Apple ke Samsung pula makin berlanjutan dan yang terbaru Samsung secara terang-terangan mempersendakan Apple dengan iklan Samsung Galaxy SIII terbaru yang bertemakan:- it doesn't take a genius-the next big thing is already here. Samsung telah membandingkan keluaran terbaru mereka iaitu Galaxy SIII dengan Iphone 5 terbaru keluaran apple..check it out



P/S: hahaha penulis Yeke?Kinyau pun tak taula apa da mau cakap. Masing-masing ada kelebihan tetapi mungkin Apple memerlukan generasi muda untuk terlibat dalam menghasilkan produk baru kerana jelas semua model Iphone nampak sama dari segi design dan nampak lebih "Old Fashion". Tapi terus terang penulis katakan, dua-dua pun penulis tak guna,,ahaha...nokia 3310 lg ok apa

Saturday, 15 September 2012

50 Fakta Menarik Tentang Manusia


  1. Badan kita memerlukan 1000 - 1500 kalori sehari untuk hidup (bernafas, tidur dan makan)
  2. Setiap hari, seorang dewasa menghasilkan 300 bilion sel baru.
  3. Saintis mengatakan bahawa, semakin tinggi IQ seseorang, semakin banyak anda bermimpi.
  4. Sel yang paling besar dalam tubuh manusia adalah telur perempuan (ovum) dan yang paling kecil adalah sperma lelaki.
  5. Anda menggunakan 200 otot hanya untuk mengambil satu langkah.
  6. Sel otot akan terus hidup selagi ia digunakan, tetapi sel kulit akan mati selepas 24 jam.
  7. Pundi kencing yang penuh adalah sebesar bola yang lembut.
  8. Otak anda berfungsi dengan sama tenaganya seperti mentol lampu 10 watt.
  9. Bagi seorang dewasa, terdapat lebih kurang 5 juta folikel rambut.
  10. Asid dalam perut sudah cukup untuk mencairkan pada pisau cukur.
  11. Sel otak manusia mampu menyimpan maklumat 5 kali ganda Ensiklopedia Brittanica.
  12. Lebih kurang 75% najis manusia adalah air.
  13. Mata anda sentiasa sama saiznya semenjak lahir hingga dewasa tetapi telinga dan hidung tidak akan berhenti membesar.
  14. Anda mengambil masa 7 saat untuk makanan yang dimasukkan ke dalam mulut untuk sampai ke perut.
  15. Secara purata, mimpi seorang manusia adalah 2 hingga 3 saat.
  16. Otak anda lebih aktif di waktu malam berbanding siang.
  17. Satu helai rambut boleh menyokong 3 kilogram berat.
  18. Tulang peha manusia lebih keras daripad konkrit.
  19. Gigi adalah satu-satunya organ dalam badan yang tidak boleh baikpulih sendiri.
  20. Secara purata, rambut manusia gugur 200 helai sehari.
  21. Warna putih pada kuku dipanggil Lunula.
  22. Zat besi dalam badan sudah cukup untuk menghasilkan sebatang paku yang kecil.
  23. Percantuman otot manusia dengan kulit yang dipanggil lesung pipit (dimples).
  24. Ibu jari anda adalah sama panjang dengan hidung anda.
  25. Jantung wanita berdegup lebih laju daripada lelaki.
  26. 7 paun sudah cukup untuk mengoyakkan cuping telinga anda.
  27. Terdapat 9 otot di telinga anda.
  28. Jika seorang lelaki dewasa tidak pernah bercukur, janggutnya boleh tumbuh sehingga 13 kaki sehingga akhir hayatnya.
  29. Badan kita mempunyai 60,000 batu salur darah.
  30. Janin boleh sedu semasa dalam kandungan.
  31. Otak anda menggunakan 40% oksigen yang memasuki badan anda.
  32. Sedu yang paling lama yang direkodkan adalah selama 65 tahun.
  33. Bersin yang paling lamayang direkodkan adalah selama 978 hari.
  34. Perut anda mempunyai 35 juta kelenjar perkumuhan.
  35. Terdapat satu trilion bakteria pada setiap tapak kaki anda.
  36. Terdapat 2000 sel pada setiap satu inci persegi badan anda.
  37. Badan anda mengandungi 4 auns garam.
  38. Kuku yang tercedera tumbuh lebih cepat daripada kuku yang tidak cedera.
  39. Wanita mengelipkan mata dua kali ganda lebih banyak daripada lelaki.
  40. Adalah mustahil untul bersin ketika mata terbuka luas.
  41. Secara purata, berat kulit adalah dua kali ganda daripada otak anda.
  42. Anak akan mata akan membesar apabila anda melihat seseorang yang anda cintai, begitu juga apabila anda melihat seseorang yang anda benci.
  43. Badan anda mengeluarkan cukup kepanasan yang boleh menyebabkan satu galon air menggelegak.
  44. Semasa cuaca panas, seorang dewasa mampu untuk berpeluh sehingga 3 galon air.
  45. Enamel adalah bahan yang paling kuat dalam badan anda.
  46. Gigi anda sudah mula tumbuh semenjak 6 bulan sebelum kelahiran anda.
  47. Sepasang kaki mempunyai 250,000 kalenjar peluh.
  48. Sel otak bagi seorang yang masih hidup bewarna merah jambu.
  49. Telinga anda menghasilkan lebih banyak tahi telinga apabila anda dalam ketakutan.
  50. Badan anda menggunakan 300 otot untuk berdiri tegak.
P/S: banyak benda yang kita tak tahu atau kita buat tak tahu tentang diri sendiri..ada sesetengah manusia tak bersyukur pun dengan kurnian tuhan tuk mereka..penulis Yeke?Kinyau teringat pla dengan ayat yg selalu penulis dengar ini..JIKA KAMU RASA KAMU SERBA KEKURANGAN, KAMU TIDAK MAMPU NAK BUAT APA OR RASA TAK ADA KEYAKINAN DIRI BERHENTILAH DARI MENYESALI DIRI SENDIRI KERANA INGAT, SEMASA KAMU BERSAING DENGAN PULUHAN JUTA SAINGAN KAMU,KAMU BERJAYA BERENANG PALING LAJU DAN BERTENAGA DI LAUTAN YG LUAS DAN AKHIRNYA LAHIR KE DUNIA...hahaha