Cerita 1
Cikgu bertanya kepada murid-muridnya, "Siapa yang pandai mengira?"
Ugou mengangkat tangan dengan muka penuh keyakinan.
"Betul ke kamu pandai mengira?"
"Ya saya tahu Cikgu. Ayah yang ajar."
"Baik, cuba kita lihat. Selepas tiga, berapa?"
"Empat."
"Bagus. Selepas enam?"
"Tujuh."
" Selepas sembilan?"
"Sepuluh...", jawab Ugou.
"Bagus sekali. Rupanya ayah kamu benar-benar tahu bagaimana mengajar mengira. Selepas sepuluh berapa?" tanya Cikgu lagi.
Dengan senyum penuh keyakinan, Ugou menjawab, "Jack, Queen, dan King."
Cerita 2
Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama.
Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang...! Macam mana ni bang..?"
Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis sayang.. Nanti emak
ayah dengar..
Mereka mungkin belum tidur lagi tu.."
Kebetulan bilik mertua
hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.
Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang.
Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya:
"Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."
Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur.
Dia memang terdengar
anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli,
biasalah malam
pengantin, fikirnya.
Tapi kali ini dia sudah hilang sabar.
Dia bangun,
pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.
Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni?
Tak faham ke?
anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"
Terkejut besarlah kedua pengantin tu.
Sambil tersipu-sipu pengantin
perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, klinik gigi esok baru bukak.."
Cerita 3
Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tanjung Rambutan.
Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"
Orang
gila 2 : "Tahu apa?" Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil
mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini
disebabkan aku!"
Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."
Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:
Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."
Doktor : "Kenapa?"
Orang
gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat
tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang
buat."
Doktor : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."
Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."
Doktor : "???"
Cerita 4
Cikgu dan Murid-muridnya
Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi senyap sunyi.
Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam
kelas.Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak
tahu ikutilah pelajaran cikgu ini. Nama cikgu ialah..
Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam
awak doakan saya tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat
sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi
semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari ini cikgu nak
uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan
perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu, faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Berjaya!
Murid-murid: Usno!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata USNO salah!
Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.) Sebentar kemudian,
loceng pun berdering.Murid-murid merasa lega kerana guru yang paling
ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa
bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi
esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi.
Cerita 5
Dua orang kaya dan pemandunya
Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.
Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."
Terus
dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi
ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez." King Kong pun menjawab
dengan sopan, " Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai
kereta. Orang kaya I itu beritahu ke temannya, " Nampak? Apa aku
cakap....dia buat betul-betul"
Orang kaya II : " Haha....itu belum
apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku
tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. "
Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke
tidak ?"
Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!"
dan dia terus cabut
ke rumah tuannya. Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak
apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku
ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa. Tdak berapa lama
kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan, King Kong : " Ehh you
know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan
suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu
sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"
Rambo : " Kau
fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku
balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah.....Padahal dia kan boleh
check sendiri telefon je la ke